KLIK UNTUK DAPAT HADIAH

Monday, April 21, 2008

SELUAR KULIT RIMAU UNTUK DIJUAL

SELUAR KULIT HARIMAU+KULIT BIAWAK LAUT

KELIHATAN SELUAR KULIT RIMAU GUA SEDANG BERTENGGEK DI TINGKAP JAMBAN




KEADAANYA MASIH ELOK DAN MASIH ANJAL

YA Tuan2 dan Puan2 semua saya disini dengan berbangga diri ingin menyatakan hasrat murni saya untuk menjual harta yang paling berharga dalam hidup saya. saya telah membat keputusan rasmi untuk melelong seluar kulit harimau buatan makhluk halus ini kerana saya tidak mampu lagi menjaganya. tujuan saya membuat lelongan ini adalah kerana berikutan diri saya yang dihimpit masaalah kewangan ianya menyebabkan saya menjadi gundah gulana sehingga tiada hala tujuan. Dibawah ini saya senaraikan kelebihan seluar rimau saya ni.huhuhu(nada sedih)

1. warnanya masih berkilau-kilauan bagai permata dilautan sutera
2.sangat sesuai dipakai kala ingin ke ranjang(kamar)
3.amat menyelesakan punggung si pemakai
4.terdapat ruang udara untuk membantu pernafasan senjata anda
5.jalur-jalurnya boleh berubah warna jika si pemakai melepaskan gas monoksida ianya akan bertukar warna. warna kuning kepada warna pelangi.
6.boleh dibawa bersukan dan bersantai bersama keluarga
7.tidak perlu memakai seluar dalam kerana ianya mempunyai dibangunkan/dibina dengan pelbagai fungsi.
8.boleh dibuat lap muka jika si pemakai berpeluh-peluh
9. digilai ramai wanita eropah kerana style nya ala-ala Tarzan
10.boleh dibuat selimut
11.boleh dilempar diana-mana anda suka jika anda malas membasuhnya.

Ya!! apa di tunggu lagi?bukan mudah untuk mencarinya di pasar2 terbuka. saya buat tawaran istimewa kepada sesiapa yang ingin memilikinya. hadiah misteri menanti anda!
harga saya tawarkan amat istimewa iaitu RM500,000. murah bukan?jangan mengangakan mulut jika tak mampu membelinya. banyak faedahnya jika anda memiliki seluar kulit harimau ini.

2 comments:

Anonymous said...

seluar busuk!

ekha-bella said...

so far dh de pembeli lumm? mesti x laku ni..2nd hand! kah kah