KLIK UNTUK DAPAT HADIAH

Monday, April 21, 2008

SELUAR KULIT RIMAU UNTUK DIJUAL

SELUAR KULIT HARIMAU+KULIT BIAWAK LAUT

KELIHATAN SELUAR KULIT RIMAU GUA SEDANG BERTENGGEK DI TINGKAP JAMBAN




KEADAANYA MASIH ELOK DAN MASIH ANJAL

YA Tuan2 dan Puan2 semua saya disini dengan berbangga diri ingin menyatakan hasrat murni saya untuk menjual harta yang paling berharga dalam hidup saya. saya telah membat keputusan rasmi untuk melelong seluar kulit harimau buatan makhluk halus ini kerana saya tidak mampu lagi menjaganya. tujuan saya membuat lelongan ini adalah kerana berikutan diri saya yang dihimpit masaalah kewangan ianya menyebabkan saya menjadi gundah gulana sehingga tiada hala tujuan. Dibawah ini saya senaraikan kelebihan seluar rimau saya ni.huhuhu(nada sedih)

1. warnanya masih berkilau-kilauan bagai permata dilautan sutera
2.sangat sesuai dipakai kala ingin ke ranjang(kamar)
3.amat menyelesakan punggung si pemakai
4.terdapat ruang udara untuk membantu pernafasan senjata anda
5.jalur-jalurnya boleh berubah warna jika si pemakai melepaskan gas monoksida ianya akan bertukar warna. warna kuning kepada warna pelangi.
6.boleh dibawa bersukan dan bersantai bersama keluarga
7.tidak perlu memakai seluar dalam kerana ianya mempunyai dibangunkan/dibina dengan pelbagai fungsi.
8.boleh dibuat lap muka jika si pemakai berpeluh-peluh
9. digilai ramai wanita eropah kerana style nya ala-ala Tarzan
10.boleh dibuat selimut
11.boleh dilempar diana-mana anda suka jika anda malas membasuhnya.

Ya!! apa di tunggu lagi?bukan mudah untuk mencarinya di pasar2 terbuka. saya buat tawaran istimewa kepada sesiapa yang ingin memilikinya. hadiah misteri menanti anda!
harga saya tawarkan amat istimewa iaitu RM500,000. murah bukan?jangan mengangakan mulut jika tak mampu membelinya. banyak faedahnya jika anda memiliki seluar kulit harimau ini.

Friday, April 11, 2008

SEKALI GUA TERINGAT DAAA....

Gua sure lu orang semua pernah melalui zaman kanak2 yang begitu indah jika dikenang.
gua telah dilahirkan sekitar tahun 1980an didalam suasana kampung yang begitu aman damai.
sekarang ni gua mahu kembalikan memori lu orang semua yang pernah melalui suasana kehidupan di kampung sekitar tahun 80-90an. cuba ingat balik ape lu buat mase umor 5 hingga 12 tahun.heheh..mari kita mengimbau ke zaman silam ape yang gua buat mase kecik2 dulu.



1. mase kecik2 dulu budak2 pempuan selalu datang rumah pastu panggil gua "abu..abuuuuuuuu..jom main pondok2 nak?" mase tu gua tengah syok tengok citer gaban sambil makan cekodok kat depan tv. nak tak nak pegi la join.kuangkuangkuang

2.ketika bahang mentari sedang mendidih diatas kepala, ketika itu emak gua sedang memasak makanan untuk makan tegah hari. tiba-tiba emak menjerit."abu!! abuuuuuuuuuuuuuuuu...mai turun makan sama2 cepat nanti lauk abis!" suasana senyap sunyi tanpa sebarang sahutan. nak tau tak ketika itu gua dimana? eheh..gua sedang bermandi manda bersama teman2 di sebatang sungai yang berhampiran. sonok tau, yang paling kelakar mase tu semuanya mandi dalam keadaan berbogel bila perempuan lalu je masing2 tunjuk hebat ade yang tunjuk tuuuut dan ade jugak yang tunjuk tuuuuuuut tapi gua buat tak tahu je almaklumlah macho katakan.kehkehkeh.. tibe2 muncul seorang wanita berkain batik di hadapan gua tanpa berlengah lagi gua pun larikan diri dalam keadaan berbogel (macho). sape pempuan tu? mak gua la sape lagi.huiiissshhhh..mak gua dengan sepantas kilat menghayunkan sebatang kayu ke punggung gua lalu gua pun menggelupur seperti obor-obor lalu tersungkur menyembah ke tanah. gua tak sempat berbuat apa2 mase tu yang gua tahu masa tu gua hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah lalu gua pun terus dibawa pulang ke rumah dalam keadaan macho! kehkehkeh.baju gua mane?tetinggal daa...

3. gua selalu kencing berdiri, bukan gua saje lu orang pun sama gak. mase tu gua tak hirau nak pancut kat mana2 pun. kat dinding rumah jiran, kat pokok kelapa, kat busut, kadang2 kucing pun jadi mangsa kencingan gua .kehkehkeh.jahat tol gua mase tu tapi yang paling tak tahan mber gua siap main permainan sape panjut paling jauh.kahkahkha.mase tu gua tak layan tapi syok gak.kekeke.tanpa disedari gua pun terjoin jugak.kekeke.


4.mase dulu gua suke burung, tapi gua tak pandai macamane nak dapatkan burung bile tgok kengkawan ade burung rase sonok plak pastu teruja untuk memilikinya. tiba2 datang la seorang mangkuk hayun ni (dia ni member gua la) dia ni nakal skit suke melastik burung, bukan burung jer dia lastik kadang2 tu ayam pun jadi mangsa, itik, angsa, yang paling syok lastik babi sedang mencari makan.kehkehkeh.. tapi peristiwa yang paling gua tak dapat lupa pabila gua sedang enak melastik gua terlastik cermin tingkap rumah jiran gua, gua pe lagi cabuuutttt laa..hakhak. sedang khusyuk jiran gua mengamuk gua pun mengambil kesempatan melastik dia pulak. mase tu gua saje2 jer melastik tapi tak sangka plak tkena anak dia.kuangkuangkuang..gua pe lagi, gua menyorok la belakang jamban rumah gua. nasib baik selamat..fuiiiiisshh..lega no..


5. kat sekolah gua jadi budak baik. sampaikan budak2 kate gua ni manje.huhu.. kat skolah paling lucu sekali mase darjah satu. mase tu semua masih berhingus lagi nak lap pun tak reti.hakhak..peristiwa yang paling kelakar sekali mase tu ialah dimana tiba2 satu kelas diserang satu bau yang begitu menusuk kalbu lubang hidung. agak2 bau ape? bau dia mirip2 macam bau ketulan2 emas didalam mangkuk jamban.kehkehkeh.(teka la sendiri) .mase tu ade la seorang budak ni.dia ni memang bangang skit, bukan skit tapi banyak gak la.kihkihkih.. dia ni telah ditugaskan oleh budak2 kelas untuk mencari dimanakah punca bau tersebut, lalu dia yang diibaratkan sebagai seekor anjing pengesan polis telah mengesan dengan mencium buntut budak-budak kelas sorang demi sorang tanpa perasaan bersalah. akhirnya hidung beliau pun sampai lah ke pagkuan buntut gua dan seluruh aroma buntut gua telah disedut olehnya tanpa gua sedari gua telah melepaskan sejenis gas pemedih hidung tepat ke rongga hidung beliau lalu beliau pun memekik dengan menyatakan "weiiii...abu berak dalam seluorrrrrrrrrrr...wekk!!! busuk nak mampus!" cis berani dia menuduh gua!!gua mula bingkas bangun lalu....erk.. belum sempat gua menerajang muke dia ade la seorang minah ni menangis. apsal lak nak nangis? gua bukan nak sepak dia?huhu..lu orang agak2 dapat teka tak? ehekk..tanpa semena-mena mata gua telah beralih pandangan ke kain pempuan tersebut dan..pehhhhhhh!!!seketul demi seketul emas mula berguguran ke lantai disertai esak tangis pmpuan tersebut dan juga disertai limpahan air berwarna kekuning-kuningan serta diiringi bau yang amat mensyahdukan..uwekkkkkk..rupe2nyer budak tu la yang mengeluarkan aroma yang mengerikan tu..gua tak dapat tahan lagi melihat keadaan tersebut lalu gua pun memuntahkan nasi lemak yang gua makan pagi tadi..uwekkkkkkkk..satu kelas muntah darah..kehkehkeh..habis satu sekolah kutuk budak tu..sampai tercirit-cirit dia dibuatnyer.kehkehkhe.kesiannn..tapi yang gua pelik sangat kemane peginye budak pempuan tu ek?sekejap je trus menghilang..macam magic plak dah..huiiii...misteri plak citer ni..kehkehkeh

macamane???lu orang ade teringat tak memori lu orang semua mase kecik2 dulu?kompem ingat punyer la..hehehe..nanti lu senang2 lu tulis la pengalaman lu orang k. kite ingat kembali zaman budak2 yang penuh dengan kegembiraan.ehehehe..

ahaahhh!!! gua rase panjang sangat gua mengarang nih..hekhek..gua banyak lagi cerita ni tapi gua terpaksa simpan dulu cos gua tak daya nak menulis pagi2 bute macam ni alamaklumlah dah tua.kehkeh.

Thursday, April 10, 2008

HARAPKAN KAWAN,

Sudah semestinya lu orang mempunyai sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama2 gua kan? tapi sebelum tu gua nak tanya lu orang semua, lu orang rase lu orang ni bagus ker? agak2 semua orang suke kat lu ker? gua tak pasti ape jawapannya tapi lu sebagai amfibia yang hidup kat muka bumi ni lu orang pikir sendiri la samaada perangai lu ni orang suka ataupun orang membenci lu. lu pernah perasan tak kadang2 ade sahabat lu yang tiba2 memuji lu, padahal lu tak wat ape2 pun kat dia. ermmm..mungkin diorang nak pekene lu kot? gua hidup kat dunia ni takde la lame sangat tapi boleh la setakat berpengalaman tu, biasanya kawan2 kita ni tak semuanya jujur kadang2 depan kita bukan men macam malaikat lagaknya, tapi kat belakang dialah jin ifrit yang paling dahsyat jahatnya. gua ade la seorang sahabat ni, dia ni baik tapi masaalahnya dia ni belagak nak mampus!! kalo lu orang dengar dia bercakap huiiii...!! pijak gajah pun tak takut. dia la paling hebat. dia la paling terer! dia la yang paling ensem! banyak awek, orang kaye, pastu tak kisah kalo awek takde cos dia rase nanti ade awek yang datang sujud cium cagu dikakinya..heheheh.. oleh kerana sikapnya yang macam keldai laut ni, member2 terus melakukan serangan kutuk mengutuk di belakang dia tanpa sedikit pun beliau sedari. tapi yang gua respek la, member2 dia ni pandai cover line sampaikan dia langsung tidak menyedari yang dirinya dihina seperti obor-obor.kehkehkeh.. pastu member plak buat la bek2 ngan dia cos dia ni anak orang kaye pastu bleh la belanje makan biskut tiger hari-hari. dia plak tesengih2 macam tenggiling laut.member dia plak terkinja2 macam gorilla nak mengawan. dia dan member2 dia sama2 bahlul macam dia. 2x5=10. pengajarannya disini kalo nak kutuk or mencaci member, kutuklah depan2 bagi member tu sedar dikutuk dan jika beliau terasadengan kutukan anda tu anda kemaskanlah pakaian dan lokernya pastu halau beliau seperti anjing kurap gerenti beliau akan menangis tersedu-sedan seperti kelawar.
janganlah diantara kita menjadi:
KAWAN makan biskut KAWAN!!!

Monday, April 7, 2008

GUA LA NI..

achummm!! achummmmm!!! hui.. nak kene serang penyakit ni. ermm.. ape kabar ye lu orang semua?gua harap sihat la hendaknya. buat pengetahuan lu semua ni la pertama kali gua meng'created' blog ni. nak kata pengalaman dah ade, memang la ade sikit2 tapi gua ingin menulis gak dan bkongsi cerita gua terhadap lu orang semua yang berada diluar sana.. buat pertama kalinya gua menulis ni gua takde ape2 cerita yang menarik nak dikongsikan bersama, oleh kerana gua ni masih lagi mencari hala tuju hidup didunia ni gua mintak sangat pendapat2 daripada lu orang semua, apakah tujuan kita hidup kat mukabumi ini. adakah sebagai seorang khalifah ataupun sampah yang hanyut dibawa arus? siapa yang menentukan halatuju hidup kita?mak ayah? atuk nenek? hurmmm..bukan semudah itu mereka nak membantu kita sampai kita ini betul2 menjadi sempurna.so, kalau bukan kita siapakah lagi yang mampu menentukan dan mencorakkan kehidupan kita. selagi nafas terlekat di rongga, bersama-samalah kita menentukan halatuju kehidupan kita. kemana dan dimanakah kita selepas hari pembinasa?tanyalah pada akal dan iman yang terbuku didada..
Wallahhuaklam...