KLIK UNTUK DAPAT HADIAH

Thursday, August 7, 2008

"saya nak jadi penagih dadah cikgu"!!

Baru-baru ni gua balik kampung gua kat pahang.. sedang gua melepak sorang-sorang kat beranda depan rumah gua, ade seorang mamat melintas hadapan gua dengan pakaiannya yang agak lusuh dan berambut perang ala-ala mat saleh. bila gua perhatikan betul-betul rupanya beliau itu adalah kawan gua masa kecik-kecik dulu. huh!! banyak dah berubah. ingatkan zaman je dah berubah, rupanya beliau pun turut berubah jugak. dulu, masa budak-budak ketika gua dalam darjah 2 cikgu pernah bertanya pada rakan-rakan gua pasal cita-cita bila dah besar nanti. bila sebut je pasal cita-cita mesti wajah bapak gua muncul didalam benak gua sambil melemparkan senyuman yang agak bengis dan penuh makna. bapak gua nak sangat gua jadi ARKITEk, hari-hari beliau akan cakap perkara yang sama membuatkan gua tertekan.hahaha.. okeh kita sambung semula pasal member gua ni. cikgu pun mula berkata." saya nak sorang-sorang diantara kamu semua beritau ape cita-cita bila dah besar nanti." saya nak jadi penoreh getah cikgu! pekik seorang member gua tanpa banyak bunyi. kahkahkah..suasana kelas terus kecoh akibat kebengongan seorang kawan gua yang cuba membuat lawak bodoh. BAGUS!! kata cikgu gua dengan tenang. gua mula menggaru-garu lutut gua yang gatal ni sampai luka dah berdarah. apa yang gua ingat masa tu bermacam-macam pekerjaan yang diorder oleh member-member gua, ade yang nak jadi usahawan la,askar la, bomba la, komunis pun ade, yang paling best nak jadi otromen pun ade. chaisss.. mangkuk tol masa tu kan. tapi yang menggemparkan satu bangunan sekolah mase tu bila member gua sorang ni bercita-cita nak menjadi penagih dadah. HUH!!! terkentut gua dibuatnya. bila ditanya mengapa nak jadi penagih dadah? beliau berkata saya nak jadi penagih dadah sebab boleh jadi kurus. saya tak suka orang gemuk macam Syanie. bila naik basikal tayar meletup. saya takde duit nak beli tiub beskal. hohoho... klakarnya beliau..gugur bulu idung gua dia wat statement macam tu..gua ingatkan dia bergurau rupa-rupanya bila dah 12 tahun gua tak jumpa dia rupa-rupanya impian dia ingin menjadi kurus betul-betul diperkenankan tuhan. ish..ishh.. busuk betol mulut dia kan kawan-kawan. tak sangka gua lu jadi penagih dadah betul. muka lu hensem macam Amid gurkha pe dulu.tapi skang pe dah jadi?dah macam kambing biri-biri sakit perut jer aku tengok. ptuihhh!!! apa yang gua harapkan beliau kembali la ke pangkal jalan semula. kalau boleh tarik balik kata-kata lu yang lu lafazkan dulu. gua sayang lu kawan!! gua taknak lu jauh terpisah dari kenyataan. lu tak sayang mak n daddy lu ker? kepada sahabat-sahabat gua semua, teguhkan iktikad, berdiri la didunia yang nyata. jangan jadi macam sahabat gua ni. bak kate moyang gua kepada ayamnya "kecik-kecik taknak mampus, dah besar nyusahkan orang!"

2 comments:

maPieCeoFarT said...

gile besarnye cite² die... salute abisss gua seyhh... adehhh....

+ rosak mase depan bangsa kalu ade sploh org camnih +

ghost_MaR said...

sengal tol