KLIK UNTUK DAPAT HADIAH

Tuesday, July 8, 2008

pemuzik CEMBURU pemuzik??(jangan jadi hipokrit!!!)

Kenapa ini berlaku dalam tamadun muzik malaysia yang sebesar lubang perigi jika dibandingkan dengan tamadun muzikal luar yang begitu luas empayarnya. sudah sedia maklum kita ini dilahirkan dengan sifat cemburu dengan kejayaan orang lain dan berbangga dengan kejatuhan rakan kita sendiri, jika pemuzik indonesia diagungkan oleh komuniti Malaysia bukan main marah lagi kita menentang kehadiran mereka. kalau boleh nak salahkan media sepenuhnya kerana membiarkan mereka mewujudkan populasi muzik mereka di Malaysia. tetapi apabila media sudah bukak mata tentang pentingnya memartabatkan pemuzik tempatan ramai pulak yang membenci dan mencaci sesama sendiri. kenapa ini terjadi? kenapa bila muzik bebas tempatan sudah mula berkembang dan menonjol masih ada yang iri hati dan berhasad dengki? kerana MENTALITI kita sendiri yang sejak zaman berzaman condong dan tidak pernah berubah. suka melihat bangsa sendiri jatuh tersungkur menjilat pasir yang bertahi. apa salahnya kita bantu mereka dan berikan sokongan kepada mereka untuk terus berlari mengecap mimpi, yang untungnya siapa? kita sendiri. dapat menikmati muzik ciptaan sendiri tanpa perlu habiskan duit untuk musuh sendiri. wahai generasi dan delegasi bawah tanah. bersatulah hati tekadkan diri buangkanlah sikap iri hati sesama sendiri. bantulah mereka yang hendak bernafas dan berkolaborasi di arena mainstream. kita sebagai komuniti kecil yang tak mempunyai wajah muzik sendiri berilah mereka peluang untuk terus bernafas seterusnya menyinari perkembangan muzik malaysia. tanpa kita siapalah mereka dan tanpa mereka siapalah kita. teruskan bergelombang abaikan si penentang kerana si penentang akan mati jika si penyokong terus teguh berdiri.